Friday, January 30, 2009

TEMERLOH , bandar ikan patin, dijadikan lokasi strategik agen-agen politik wang dalam Umno untuk mengatur strategi kempen pemimpin politik nasional yang berebut jawatan dalam pemilihan parti Mac depan.

Menurut sumber, Temerloh dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili Pahang Tengah yang merangkumi bahagian-bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau. Katanya, mereka berkumpul di tempat-tempat tertentu di bandar Temerloh pada hari yang telah ditetapkan."Pemimpin luar Pahang yang ingin melobi perwakilan-perwakilan Umno Pahang Tengah perlu bertemu di Temerloh.

Mereka menghulurkan wang kepada agen-agen untuk diagihkan kepada perwakilan. "Banyak tempat yang boleh dijadikan tempat bertemu seperti restoran, resort dan hotel tertentu," kata sumber dalaman parti itu lagi."Mereka daripada pelbagai golongan, ada yang bekerja sendiri, penganggur dan sebagainya,"Kegiatan agen-agen politik berkumpul ini berlaku sejak bulan Oktober lagi iaitu sebaik sahaja mesyuarat Umno bahagian bermula."Mereka bukan menjadi agen untuk seorang dua sahaja tetapi semua orang yang mahu menggunakan khidmat mereka."

Saturday, January 24, 2009

ahlan wa sahlan

assalamulaikum,
para sahabat yang hebat.